MEMBINA KESEDARAN DIGITAL

MEMBANTU PKS MIKRO

MEMBERI SUMBER PENDAPATAN

Log masuk

ApakahRakan Digital Selangor?

Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Rakan Digital Selangor (RDS) akan melantik Duta Rakan Digital Selangor untuk membantu perniagaan mikro (penjaja dan peruncit) mendaftarkan perniagaan mereka ke dalam Platform Selangor (PLATS) – sebuah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor. Duta RDS akan turut membantu kumpulan sasaran menggunakan platform sosial media untuk meningkatkan pendedahan dan pendapatan dengan mendapatkan pelanggan baru.

Program ini telah dilancarkan ke pelbagai lokasi di seluruh Selangor untuk memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan masyarakat.

MEMANFAATKAN KOMUNITIKUMPULAN SASARAN

Penjaja
(PKS Mikro)

  • Menyenaraikan penjaja ke dalam atas talian dengan platform digital untuk mencapai lebih ramai pelanggan serta meningkatkan penjualan
  • Meningkatkan jejak digital melalui pelbagai platform media sosial dan saluran digital
  • Mendidik kumpulan sasaran golongan B40 dan warga emas yang memerlukan bantuan digital dan menggunakan aplikasi dalam talian terkini

Peruncit
(PKS Mikro)

  • Menyenaraikan peruncit ke dalam atas talian dengan platform digital untuk mencapai lebih ramai pelanggan serta meningkatkan penjualan
  • Meningkatkan jejak digital melalui pelbagai platform media sosial dan saluran digital
  • Mendidik kumpulan sasaran golongan B40 dan warga emas yang memerlukan bantuan digital dan menggunakan aplikasi dalam talian terkini

OBJEKTIF UTAMA KAMI – MENDEKATI DAN MEMBERI IMPAK KEPADA KOMUNITI

MENDIGITALKAN PENIAGA MIKRO SELANGOR (PKS MIKRO) KE DALAM TALIAN

Mendapatkan perniagaan mikro ke dalam talian dengan memberi fokus kepada penjaja dan gerai

PLATFORM SELANGOR (PLATS) DIREKTORI PENIAGA

Lebih banyak peniaga, penjaja dan PKS Mikro akan disenaraikan ke direktori digital Platform Selangor (PLATS) untuk memudahkan pelanggan mencari maklumat lebih lanjut serta menghubungi peniaga untuk membuat pesanan dan tempahan

MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA GOLONGAN B40

Lebih ramai golongan belia B40 diberikan peluang pekerjaan untuk bekerja sebagai RDS dan mempersiapkan mereka dengan alatan digital untuk mencari pekerjaan

INGIN MENJADI DUTARAKAN DIGITAL SELANGOR?

Hanya perlu ikuti 3 LANGKAH MUDAH

LANGKAH 1

Daftarkan diri sebagai Duta Rakan Digital Selangor

LANGKAH 2

Calon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani Latihan

LANGKAH 3

Mula bekerja dan memberikan khidmat kepada komuniti

DENGAR DARIPADAKOMUNITI

Jenna Lin Coffee & Beans Owner

Terima Kasih kepada RDS yang bantu mendigitalisasikan peniagaan saya

Jamal Yusof Duta RDS

Menjadi Duta RDS adalah satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya. Saya telah belajar banyak kemahiran dalam kerja ini dan sekarang saya lebih yakin untuk mencari kerja pada masa hadapan

Mei Mei Duta RDS

Menjadi Duta Rakan Digital Selangor memberi saya banyak pengalaman

BERSEDIA UNTUK MENJADISEBAHAGIAN DARIPADA PASUKAN RAKAN DIGITAL KAMI?

DAFTARKAN DIRI HARI INI!

DUTA RAKAN DIGITAL SELANGORKAMI

×
×

SOALANLAZIM

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,
SILA HUBUNGI KAMI:
hello@rakandigitalselangor.com.my

daftar Berjaya!

Kembali ke halaman